Alhamdulillah, da selamat melahirkan baby Inas pada 20 Dec 2011 yang lepas. nak jugak keluar budak kecik ni, walaupun da terlebih masak ranum =p
nama penuh: dahliya inas bt mohamed nasir
berat masa dilahirkan: 3 kg
cara kelahiran: forsep delivery
pengalaman bersalin Inas:
2.45 am: air ketuban pecah (masa ni siap ade niat nak sambung tido balik sbb pikir ‘oh terkencing kot. sok je la cebok’, wahahaha)
3.05 am: bertolak ke hospital setelah bersiap lebih kurang. bag untuk ke spital memang da standby awal2.
3.30 am: sampai spital. lobang da bukak 5 cm.
4.00 am: doktor clarence sampai and check, still 5 cm. doktor suruh pilih nak pain relief mana satu. nasir pilih epidural.
4.15 am: nurse masukkan ubat berak, aku pun pegi yak2 dengan bahgia
4.30 am: masuk labor room
4.45 am: doktor anestetik sampai
5.15 am: baru selesai di epiduralkan. sakit jugak cucuk belakang tu. sayangnya, dapat menikmati epidural untuk setengah jam sahaja (more on this kat bawah nanti)
5.45 am: doctor clarence masukkan ubat untuk kerapkan contraction. masa ni epidural pun x de fungsi da, sakit sama je setarap masa icad dulu
6.00 am: doktor check masih 5 cm. dia cakap akan check lagi pukul 8 pagi
6.30 am: makin sakit. napas da bunyik macam lembu da
6.45 am: da 9 cm. nurse panggil doctor, dorang then prepare the room untuk sambut baby. kaki da strap ke palang besi. time ni da sakit tahap nak pegi bakar spital, tapi lom leh start push lagi…sob2
7.00 am: dari tadi takde jerit2. satu perubahan besar compare to icad. tapi now da mula terjerit, meaning da makin sakit la tu, huahua.
7.10 am: lobang da fully open. tapi selepas menolak beberapa kali, kepala baby masih tak turun2. doctor then suggest to use forsep (sebab aku da makin lemah), tapi dia warning, aku still kene assist dengat push sekuat boleh. kalau tak boleh jugak, then kene operate. masa ni da sedey, takmo operate…. =c (nape takmo operate, nanti story kat bawah)
7.35 am: baby Inas selamat dilahirkan =) alhamdulillah
epidural yang tidak happy
masa doctor clarence tanya nak pain relief mana satu. dia bagi 3 options. option 1st, pakai gas etonoks (ye ke nama dia ni?). this one awal2 lagi totally out sebab time icad dulu, dorang bagi aku ni gak. rimas je aku rasa, last2 x pakai pun.
option kedua inject kat peha. tapi side effect dia baby keluar mungkin drowsy.
option ketiga ialah epidural.tapi dia ade mention, works 90 to 95% of the time.
agak sakit masa cucuk wayar tu. tapi aku bersemangat je sebab pikir pas ni takkan sesakit icad dulu. memang immediately lepas masuk ubat tu, dapat la rasa reda sket. contraction yang 100 lebih pun rasa macam tahap2 masa 60 lebih je. bagi aku da ok la tu, sebab aku nak gak rasa sakit, hehe, buat hapus dosa aku yang banyak nih.
pas setengah jam, tibe2 rasa cam da makin sakit plak. aku jeling monitor tu, aik…contraction baru 30 40 lebih je, tapi apsal da sakit giler? kesimpulan aku ialah mungkin sebab da makin kerap kot. tapi aku bertahan je lagi.
bila da makin sakit, nak mintak nurse tingkatkan dose lagi da bukak 9 cm da. macam alang kepalang je. aku tau labor aku ni sakit giler sebab doctor clarence cakap kat nurse dia ‘she is still in so much pain even after epidural’. lepas tu dia cakap kat aku ‘maybe because you already open 9 cm now’.
yang siput tu, sempat tu dia bergurau dengan nurse dia ‘ha laila, mau lagi beranak lepas ni?’.’so kathreen, you want to ger married now?’. cesss. tapi aku tak marah la pun, da sakit. plus rasa kelaka jugak.
pashtu aku syak, dia bius tu berkesan kat sblah kanan badan aku je. sebab kali ni punyer contraction, macam berpusat kuat giler kat belah kiri perut aku. belah kanan x rasa pape sangat. yang menguatkan lagi rasa hati aku ni, lepas je sudah bersalin, kaki kanan je yang masih kebas sampai 2 jam lepas tu. rasanya member2 yang pernah epidural, kebas je dua2 kaki.
tapi takper la. setengah jam yang lega tu, dapat gak aku buat mengaji2 sket. time da makin sakit, tak dan nak baca pe sangat.
kenapa takmo operate?
nape aku sedih sangat bila doktor cakap kalau forsep pun tak boleh, then operate? sebab..weiiii..da menanggung sakit meneran tu…….sesia je… kalau tau nak operate, bek aku schedule masa week 37 gitu, then pastu riang2 je operate. tkde la nak menanggung sampai dua jenis seksaan..cett.
alhamdulillah…forsep berjaya. kalau tak sure aku emo 8 minggu, wahaha.
semakin sukar
aku rasa aku dulu dalam sejam gak meneran icad, inas kali ni dalam setengah jam. kalau ikutkan, nampak mudah gak sebab masuk spital kul 3.30 pagi, 7.35 pagi baby da keluar, ade orang lagi berjam2. syukur pada Allah.
tapi kalau nak compare, aku rasa lagi susah beranak Inas. da la banyak sangat hilang darah sampai doctor suruh buat blood transfusion! gilo…takper la doctor, walaupun nak pengsan setiap kali bangun dari katil sebab tak cukup darah, tapi cam seriau plak nak pindah2 darah ni.
so dengan bahgia, pantang aku awal2 tu penuh dengan daging, kerang dan hati sebab doctor suruh tambah darah, wahaha.
icad dulu, keluar 12 tgh mlm, 12 tghari da boleh keluar. kali ni 3 ari aku tersadai kt spital =c
pikir2kan..memang serik rasa nak beranak lagi lepas ni. nasir pun macam simpati sebab tiba2 dia cakap ‘cukup la 2 orang’ (ke dia penat jaga dua anak? hehe..). tapi mak aku pun sama, asek cakap kat inas je ‘tengok tu, bukan main susah mak awak nak keluarkan awak’. lepas tu dia jeling aku ‘ha..cukup2 la ni dua orang..da dapat sepasang da pun’ =D
ok bye. Inas da bangun~